Wednesday, June 30, 2010

hilangkan jerawat


DAUN pegaga mampu mengatasi masalah jerawat dan membersihkan kulit muka..
Caranya, tumbuk beras yang sudah direndam selama 2 jam dan daun pegaga hingga lumat. Kemudian sapukan bahan yang ditumbuk lumat itu pada muka berjerawat.
Biarkan seketika hingga kering dan bilas..
Selamat mencuba...

Pucuk paku lebatkan rambut dan kening


AMBIL beberapa bahagian batang pucuk paku dan ramas hingga mengeluarkan lendir.
Sapukan lendir ini pada rambut dan bulu kening untuk mendapatkan rambut dan kening yang lebat lagi hitam.
Amalkan 2 atau 3 kali seminggu dan anda akan dapat melihat hasilnya..
Selamat mencuba..

Tuesday, June 29, 2010

menghilangkan bau durian dalam kereta


Amat memeningkan kepala apabila melekat bau durian yang kita bawa dari kampung atau beli di tepi jalan untuk dibawa kerumah...
jangan risau caranya mudah saja tampa membazirkan wang rnggit anda itu..
Caranya bergini... Anda pergi mana2 pasaraya atau kedai runcit terdekat, beli roti gardenia satu buku dan taburkan helaian roti itu kedalam bonet dan di dalam kereta anda, tak perlu banyak dalam 7 ke 8 keping ajer yang diperlukan yang selebihnya cuba masukkan kedalam mulut anda dan telan hingga ke perut...
pecayalah selepas seharian bau durian itu pasti hilang..
selamat mencuba...

Merahkan inai



Untuk menjadikan inai pad jari tahan lebih lama dan merahnya menarik dan cantik.. caranya bergini...
ketika mengiling inai, campur secamca garam kasar dan secamca nasi.
Giling hingga semuanya rata dan lumat...

Kesannya warna merah inai bercahaya dan tahan lama..

lansingkan badan


BERAT badan, masalah sering menggangu fikiran kebanyakan wanita. Tetapi kini tidak perlu risau kerana ada cara yang mudah dan murah..
Dengan menggunakan lobak merah dan timun.....
Ambil 2 biji lobak merah dan sebiji timun. Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampurkan dengab sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum 2 kali sehari..
Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun..
selamat mencuba..

Mengeringkan susu badan


SUSU ibu terbaik bagi bayi, akan tetapi ada juga bayi yang tidak mahu menyusu badan. Apabila susu badan bertambah, si ibu akan menderita kerana payudaranya membengkak dan amat menyakitkan. Ada cara mudah untuk mengeringkan susu badan..
Ambil beberapa helai daun ubi kayu sudah kering, ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit kapur beserta air suam. Kemudian sapukan pada pangkal payudara dan biarkan hingga kering. Ulangi jika susu anda belum kering betul. insyaallah susu anda akan kering terus..
selamat mmencuba..

penawar kancing manis


PENGHIDAP kencing manis boleh mencuba petua yang mudah ini lagi murah..
Ambil akar pokok petai dan pokok kerdas sepanjang 1.5 cm, dipotong atau diracik ikut mana senang. Rebus dengan 3 gelas air.
Biarkan mendidih hingga menjadi segelas dan minum..
Amalkan selalu. kencing manis akan beransur hilang..

Bayi berambut jarang


BAYI yang baru lahir, rambutnya lambat sedikit tumbuh selapas di cukur.
tetapi diusah bimbang..
Ambil segenggam pucuk daun asin-asin, ditumbuk lumat-lumat.Campurkan dengan bedak sejuk dan air. Tempelkan pada kepala bayi, dan biarkan sehingga kering dan bilas.
Selain melebatkan rambut anak ia juga mendingginkan suhu badan,terutamanya pada cuaca panas ketika ini..
selamat mencuba..

melebatkan bunga kertas


CARANYA ambil kulit bawang merah atau putih pastu dicucuk kedalam tanah pasu bunga kertas itu disekeliling pokoknya, pasti ia akan berbunga lebat nanti.. seperti sudah ditaruh baja bungga

kembung perut


Sungguh pening kepala sekiranya kita sudah berada di kampung tetapi tertinggal pula minyak kembung perut budak lak.. dah meragam tgh malam..
Tp jangan pening kepala petua ini ada..
pergi cari daun sirih dalam 3 ke 4 helai pastu di layar diatas api yang kecil supaya ia layu dan selepas itu boleh la di letak keatas perut dan di belakang budak itu, lalu di bengkungkan.. insyaallah lena budak tu dan tiadalah masalah pada malam itu..

Bau ketiak


Memang amat memalukan jika kita terhidu bau ketiak kita sendiri apatah lagi awek/pakwe
yang terhidu bau ketiak kite tu.. peahhh...
kalau wangi takpe le.. k tampa melenggah lagi petuanya adalah seperti berikut..
sediakan satu botol kapur sirih di bilik mandi dan ambil kapur sirih itu dan lumurkan di ketiak anda itu setiap kali anda mandi

mabuk laut


BAGI mereka2 diluar tu yang mabuk laut..
kat sini aku ada petua yang nak di kongsi ngan korang..
korang pergi cari segenggam kangkung pastu korang lilitlah dipingang korang sebelum turun ke laut.. insyaallah..
selamat mencuba..

ubat cacing untuk kanak-kanak


Ada kanak2 susah nak makan ubat cacing sampai naik histeria kita dibuatnya.. Tapi disini ada cara yang paling efeksyen/mudah..
Caranya goreng sebiji telur yang dicampurkan dengan 7 titik getah betik.. pastu bagi anak anda makan insyaallah...
note: jangan di taruh garam kerana ia akan menghilangkan hasiat getah betik itu nanti...
selamat mencuba