Serangan Ke Atas Flotila LL4G - Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Selasa, 01 Jun 2010 16:12
Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
"KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD"
18 Jamadil Akhir 1431H / 1 Jun 2010M
Tidak kira di darat mahupun lautan, begitulah kebiadaban yang ditunjukkan oleh tentera
pengganas rejim Israel. Mangsa mereka kali ini bukanlah penduduk awam Gaza sepertimana
biasanya, tetapi mereka telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang
merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi ’Flotila Pembebasan
– Life Line For Gaza (LL4G)’. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada
31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19
nyawa di samping mencederakan beberapa yang lain. Sebagai respons dari insiden ini, Hizbut
Tahrir Malaysia (HTM) ingin menegaskan bahawa:-
1. Rejim Zionis adalah pengganas ibarat binatang buas yang sentiasa kehausan darah.
Mereka bukanlah pihak yang boleh diajak berunding dan perundingan damai dengan mereka
hanyalah suatu yang sia-sia malah bertentangan dengan syarak. Keganasan terbaru ini
mengukuhkan lagi bukti bahawa segala rundingan damai yang dijalankan selama ini bukanlah
penyelesaian kepada masalah Palestin atau umat Islam.
2. Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah suatu yang baik di sisi syarak, namun
malangnya pihak pemerintah hanya berpeluk tubuh tidak melakukan hal ini sebaliknya
membiarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bertindak seorang diri tanpa ada apa-apa
perlindungan keselamatan dari pihak pemerintah, walhal pihak pemerintah tahu bahawa jalan
menuju Gaza penuh dengan risiko, termasuk serangan dari tentera Israel. Tidak ada satu unit
tentera umat Islam pun dihantar untuk mengiringi konvoi LL4G bagi menjamin keselamatan
mereka yang membuktikan pihak pemerintah langsung tidak serius untuk menyelamatkan Gaza
mahupun prihatin terhadap nyawa ahli-ahli konvoi itu sendiri.
3. Kutukan keras dari pemerintah, boikot, mesyuarat khas, sidang khas parlimen,
persidangan PBB, mesyuarat OIC dan seumpamanya bukanlah penyelesaian kepada masalah
Palestin. Setiap kali umat Islam dibunuh oleh Israel, inilah suara-suara penyelesaian yang
dilaungkan oleh pemerintah mahupun sebahagian umat Islam, dan kita semua tahu bahawa hal
ini tidak pernah membawa kepada penyelesaian. PBB adalah badan kufur antarabangsa yang
melahirkan negara haram Israel manakala OIC hanyalah himpunan negara-negara wathaniyah
dan
asabiyyah
yang hanya tahu bersidang! Pihak pemerintah bukannya ingin mengambil jalan untuk
melenyapkan entiti Yahudi yang menjadi punca kepada masalah, tetapi hanya berminat untuk
bersidang dan mengeluarkan resolusi dan mendapat pula tuntutan (
claim
) yang lumayan darinya. Pihak pemerintah langsung tidak menunaikan kewjipan mereka untuk
mengerahkan pasukan tentera untuk berjihad di Palestin dengan memerangi Yahudi dan
membebaskan Palestin dari cengkaman makhluk terkutuk itu.
4. Tentera-tentera kaum Muslimin yang sedang lena dibuai kemewahan duniawi atau
sedang dirantai dengan belenggu nasionalisme dan patriotisme perlu segera bingkas bangun
1 / 2
Serangan Ke Atas Flotila LL4G - Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Selasa, 01 Jun 2010 16:12
mempersiapkan diri untuk berjihad fi sabilillah. Bilakah lagi kalian akan menyahut seruan jihad
dari Allah SWT dan merebut kedudukan mulia sebagai tentera Allah? Sampai bilakah kalian
hanya sekadar berani menunjuk ’belang’ dalam acara-acara rasmi negara? Sampai bilakah
kalian hanya ingin tunduk kepada pemerintah sekular yang hanya menghantar kalian untuk
berkhidmat di bawah panji kufur PBB, bukannya panji Allah dan Rasul? Musuh yang menerkam
dan membunuh saudara-saudara kalian itulah yang sepatutnya kalian ajar hingga mereka
tewas dan tertawan, bukannya pemimpin yang mengkhianati umat yang kalian perlu patuhi.
Untuk apakah kalian menjadi tentera jika bukan untuk berjihad di jalanNya?
5. Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak
adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Justeru, kita sekarang benar-benar
memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan memimpin,
melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.
6. Hizbut Tahrir dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin agar berusaha bersama-sama
kami untuk menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah yang
bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera
untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan negeri-negeri umat Islam dari
cengkaman penjajah kuffar.
USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)
Apakah Anda seorang pria atau wanita bisnis? Apakah Anda dalam kekacauan keuangan atau apakah Anda memerlukan dana untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memulai Skala Kecil dan usaha menengah yang baik? Apakah Anda memiliki skor kredit yang rendah dan Anda kesulitan mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal dan lembaga keuangan lainnya ?. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B}
ReplyDeleteWhatsApp Only: {+ 33753893351}
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami, Tujuan utama kami adalah untuk membantu Anda mendapatkan layanan yang layak Anda dapatkan, Program kami adalah cara tercepat untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan dalam sekejap. Kurangi pembayaran Anda untuk mengurangi beban pada pengeluaran bulanan Anda. Dapatkan fleksibilitas yang dapat Anda gunakan untuk tujuan apa pun mulai dari liburan, pendidikan, hingga pembelian unik. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B} WhatsApp Only :: {+ 33753893351}
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Keuangan Komersial dan Pengembangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Pembiayaan Rumah dengan tingkat bunga rendah sebesar 1,00% per annul untuk perorangan, perusahaan dan badan perusahaan. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
WhatsApp Only :: {+ 33753893351}
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)