Wednesday, June 30, 2010

hilangkan jerawat


DAUN pegaga mampu mengatasi masalah jerawat dan membersihkan kulit muka..
Caranya, tumbuk beras yang sudah direndam selama 2 jam dan daun pegaga hingga lumat. Kemudian sapukan bahan yang ditumbuk lumat itu pada muka berjerawat.
Biarkan seketika hingga kering dan bilas..
Selamat mencuba...

Pucuk paku lebatkan rambut dan kening


AMBIL beberapa bahagian batang pucuk paku dan ramas hingga mengeluarkan lendir.
Sapukan lendir ini pada rambut dan bulu kening untuk mendapatkan rambut dan kening yang lebat lagi hitam.
Amalkan 2 atau 3 kali seminggu dan anda akan dapat melihat hasilnya..
Selamat mencuba..

Tuesday, June 29, 2010

menghilangkan bau durian dalam kereta


Amat memeningkan kepala apabila melekat bau durian yang kita bawa dari kampung atau beli di tepi jalan untuk dibawa kerumah...
jangan risau caranya mudah saja tampa membazirkan wang rnggit anda itu..
Caranya bergini... Anda pergi mana2 pasaraya atau kedai runcit terdekat, beli roti gardenia satu buku dan taburkan helaian roti itu kedalam bonet dan di dalam kereta anda, tak perlu banyak dalam 7 ke 8 keping ajer yang diperlukan yang selebihnya cuba masukkan kedalam mulut anda dan telan hingga ke perut...
pecayalah selepas seharian bau durian itu pasti hilang..
selamat mencuba...

Merahkan inai



Untuk menjadikan inai pad jari tahan lebih lama dan merahnya menarik dan cantik.. caranya bergini...
ketika mengiling inai, campur secamca garam kasar dan secamca nasi.
Giling hingga semuanya rata dan lumat...

Kesannya warna merah inai bercahaya dan tahan lama..

lansingkan badan


BERAT badan, masalah sering menggangu fikiran kebanyakan wanita. Tetapi kini tidak perlu risau kerana ada cara yang mudah dan murah..
Dengan menggunakan lobak merah dan timun.....
Ambil 2 biji lobak merah dan sebiji timun. Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampurkan dengab sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum 2 kali sehari..
Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun..
selamat mencuba..

Mengeringkan susu badan


SUSU ibu terbaik bagi bayi, akan tetapi ada juga bayi yang tidak mahu menyusu badan. Apabila susu badan bertambah, si ibu akan menderita kerana payudaranya membengkak dan amat menyakitkan. Ada cara mudah untuk mengeringkan susu badan..
Ambil beberapa helai daun ubi kayu sudah kering, ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit kapur beserta air suam. Kemudian sapukan pada pangkal payudara dan biarkan hingga kering. Ulangi jika susu anda belum kering betul. insyaallah susu anda akan kering terus..
selamat mmencuba..

penawar kancing manis


PENGHIDAP kencing manis boleh mencuba petua yang mudah ini lagi murah..
Ambil akar pokok petai dan pokok kerdas sepanjang 1.5 cm, dipotong atau diracik ikut mana senang. Rebus dengan 3 gelas air.
Biarkan mendidih hingga menjadi segelas dan minum..
Amalkan selalu. kencing manis akan beransur hilang..